Bayangkan jika Malaysia tidak pernah mengecapi kemerdekaan.... Malaysia kekal dibawah pemerintahan pihak Jepun. Bukan sekadar tentera mereka mencemari bumi permai kita, malah berlaku kebanjiran berjuta2 kaum Jepun. Mereka datang dan mengusir kaum pribumi, melayu, cina dan india jauh ke dalam hutan. Kemudian dibina tembok batu tinggi di sekeling hutan bg memenjara masyarakat asal Malaysia dalam kehidupan daif mereka...
Gara-gara penjajahan oleh bangsa asing ini, saban hari bayi dan kanak2 mati akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Belia dan pemuda kita ditahan dan diseksa dalam kurungan tanpa soal bicara. Gadis dan wanita kita diperkosa dan dilayan seperti pelacur. Hanya golongan berumur dibenarkan pergi beribadat di Masjid, Kuil atau Tokong.
Segelintir masyarakat asal yg tidak tahan dgn penindasan ini BANGKIT menentang rejim ZALIM ini. Mereka keluar dari hutan bersenjatakan batu dan kayu.... tanpa perasaan gentar mereka bersemuka dgn tentera Jepun. Tapi satu persatu, pejuang bangsa dan Negara ini tumpang.... x terdaya mereka berlawan dgn pihak musuh yg bersenjatakan senapang, meriam, helikopter dan pesawat pejuang. Walaupun kemenangan ibarat mustahil namun pejuang2 yg t’selamat masih cekal dan tabah menentang kekejaman ini. Malah makin ramai pejuang2 baru muncul dari dasar hutan. Kini bagi mempertahankan diri, mereka membina roket dari besi2 buruk, mereka melilit tubuh mereka dgn letupan. Kerna terdesak, sebilangan dr pejuang2 tanah air ini terpaksa mengorban diri mereka dgn meletupkan diri mereka di kawasan penjajah demi menunjukkan bahawa mereka tidak rela dijajah!
Sebagai tindak balas, tentera rejim asing lebih rakus meratah nyawa penduduk Malaysia. Siang dan malam kawasan penduduk dibom. Bilangan yang terkorban x terkira banyaknya.... tanpa sebarang belas kasihan kaum wanita kanak2 sehinggakan mereka yg CACAT sekalipun dibunuh dan diseksa. Penghapusan etnik ini dihalalkan sekutu kuat mereka Jerman, sebuah kuasa besar di barat. Dengan bongkaknya mereka mempersalahkan penduduk asal kerana bangkit menentang pihak penjajah. Dan apa yg lebih menyedihkan masyarakat dunia yg lain khasnya yg seagama dan sebangsa dgn penduduk asal Malaysia hanya mampu melihat dan sekadar mengutuk tindakan rejim Jepun dan sekutunya tanpa berbuat apa2. Adakah pertumbahan darah di bumi Mlys ini akan berterusan? Mungkinkah penduduk Mlys akan pernah dpt merasai nikmat bergelar MERDEKA? Atau mereka harus redho dilayan seperti bintang di tanah air sendiri semata2 bumi mereka dijajah bangsa lebih berkuasa.
Syukur... segala kezaliman dan penindasan itu tidak pernah berlaku di Negara kt. Mlys kini sebuah Negara merdeka.... aman dan makmur terkenal dgn keindahan alam sekitar, bandar dan budayanya... Kita bangga pernah mempunyai bangunan tertinggi didunia, bandar bergelar metropolitan. Negara kita dipandang tinggi oleh negara2 membangun. Tidak lupa juga negara2 Islam yg lain menjadikan Negara kita sebagai contoh dan tauladan. Cuma yg membezakan negara kita dan bumi berdarah Palestin yg dijajah puak ZIONIS ISRAEL sekadar takdir Tuhan. Jika ditakdirkan bom atom tidak jatuh di Hiroshima dan Nagasaki, mungkin juga bumi Malaysia ini serupa dengan keadaan di Palestin. Dan jika kita berada di tempat mereka, apa perasaan kita? Apa tindakan kita?
Ayuh jgn dipandang remeh apa yg cuba aku sampaikan, mungkin suatu hari nasib kita sama seperti mereka. Maka x kiralah anda seorang pelajar, pemandu lori, doktor, suri umah, pembaca berita PEMIMPIN POLITIK, mahupun peniaga nasib lemak. Anda boleh membantu menghentikan kekejaman di tanah Palestin. Boikot produk2 bersangkut paut dgn rejim ISRAEL dan sekutunya AMERIKA. Jika semua umat islam dan penganut lain yg bencikan penindasan serta kekejaman bersatu menjalankan KEMPEN BOIKOT ini, aku percaya dlm mase bbrp bulan sahaja kuasa ISRAEL akan runtuh. Sblm aku mengakhiri lukilan ini sama2lah kita berdoa utk kesejahteraan penduduk PALESTIN dan semoga mereka kekal tabah m’hadapi ujian ini.
PS: Seharusnya PEMIMPIN POLITIK sebulat suara menentang ketidakadilan ini... jika mereka x berkuasa boleh berhimpun utk menghantar memorendum kpd keduatan amerika, apa pula tindakan mereka yg memegang tampuk pemerintahan sebuah negara Islam ini....
1. Fast Food
2. Beverages, Drinks
3. Food, Snacks
4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
5. Cosmetics, Body Care
6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
8. Sportswear
10. Coffee, Coffee Systems, Tea
11. Technologies
12. News Corporation, Publications
13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
14. Retailers, Stores, Shopping Complex
15. Home Depot
Bacaan lanjut ttg kempen ini sila rujuk:
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php





