Hang Jebat merupakan salah seorang drpd 5 pahlawan unggul empayar Melaka pd kurun ke 15. Lebih dikenali sebagai pembantu/side-kick kpd Hg Tuah, Laksamana Sultan. Jebat dikenang ke hari ini rentetan tragedi AMUK oleh beliau yg meragut ratusan, mahupun ribuan nyawa rakyat Melaka. Hilangnya pertimbangan dlm dirinya mungkin angkara terkilan dgn sikap si Tuah yg membuta-tuli patuh kepada pemerintah.
Aku memilih nama Hang Jebat bg laman blog ini semata2 kerana kagum dgn prinsip Jebat dalam memperjuangkan kebenaran...Menurut hikayat dahulu-kala, Jebat sanggup menderhaka kepada Sultan demi mempertahankan sahabat beliau, Hang Tuah. Namun akhirnya riwayat Jebat tamat ditangan sahabatnya sendiri. Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain. Keputusan akhirnya adalah bagi masing-masing memutuskannya.
Disini aku cuba utk membongkar kebenaran disebalik isu2 yg melanda tanah airku,Malaysia. Pandangan dr seorang pemuda Melayu yg cintakan negaranya dan kebenaran seperti Hang Jebat. Ungkapan Jebat 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' telah menjadikan dirinya simbol dalam menuntut kebenaran. Namun begitu tidaklah aku sanggup mengambil langkah gila seperti Jebat dalam usaha mencari kebenaran kerana sudah dididik kepadaku bahawasanya Niat itu tidak menghalalkan sesuatu tindakan yg telah dan akan diambil.
Harapan aku cumalah diberi kesempatan utk mengulas, mencetus idea, berhujah dan berduskusi sbg warganegara Malaysia dgn hak2 yg termaktub dalam perlembagaan.


all the best. Smg sgl tenaga yg dicurah diganjari pahala oleh Allah. Same2 kt berdoa agar Islam kembali tertegak
BalasPadamTerimas, dgn Islam sahajalah kebenaran akn bersinar dan yg batil bisa dikuburkan
BalasPadamWah. Jebat. Di Sini Kau. Penat Aku Terjerit2 Di Tangga Tadi. Patutlah Kau Taknak Turun. Ko Sedang Tulis Blog Rupanya.
BalasPadam- Kiriman Hang Tuah