MEMUALKAN! Perkataan ini sudah cukup utk mendefinasi pretasi pasukan bola sepak kebangsaan. Insiden terbaru di belasah 5-0 oleh UAE memang cukup memalukan. Ditambah lagi dengan sikap x bertamadun penyokong Malaysia yg melontarkan rasa loya mereka bukan sahaja pada jurulatih Malaysia, malah jurulatih UAE dr perancis turut mendapat HABUAN.
Dengan kedudukan 158 Malaysia dalam ranking FIFA, negara seperti Maldives berada dalam kedudukan lebih baik berbanding Malaysia. Negara kita bukan lagi sebuah kuasa besar dalam sukan bola sepak seperti era Moktar Dahri dahulu. Jika pd zaman kegemilangan beliau, pasukan Malaysia mampu bersaing dengan pasukan sehebat Man U dan Liverpool. Kini dengan Vietnam pun kita acap kali tertewas....
Reaksi jurulatih, B. Sathianathan selepas kekalahan tempoh hari menceritakan REALITI sukan bola sepak di Malaysia. Pemain kita LEMBIK, @ lebih manis x fit. Dan aku cukup setuju dengan tempelak seorang penyokong Malaysia bahawa ianya semua jatuh kepada sikap dan MENTALITI pemain2 negara kita. Mereka MALAS dan kesan kemalasan itu meyebabkan mereka LEMBIK di atas padang. Tetapi x adil sekirangya semua tanggungjawab digalas di atas bahu pemain dan jurulatih shj.
Disebalik kelemahan barisan hadapan pasukan bola sepak kita, berdirinya sekumpulan golongan pentadbir yang lebih LEMAH dan sombong.... Mungkin mentaliti MALAS dan SELESA pemain2 kebangsaan kita terpupuk dalam jiwa mereka rentetan melihat betapa SELESANYA presiden, naib, timbalan presiden dll ahli jawatankuasa tertinggi FAM terus berpegang utuh kepada jawatan yg mereka sandang sejak sekian lama. Bukan sahaja kebanyakkan dari mereka ini xda pengalaman dan ilmu yg sewajarnya dalam arena sukan bola sepak malah cukup `eksyen’ utk mengtepikan pandangan golongan yg betul2 arif. Itulah yg terjadi apabila AHLI POLITIK dan bukan ahli sukan dipilih utk mengurus FAM.
Dan bagi kami rakyat jelata yg terus berdiri kukuh dibelakang pasukan Malaysia,apa yg kami harapkan cuma KEBANGKITAN semula harimau Malaya yg digeruni di atas padang. Negara kita x perlukan pemain seperti Christiano Ronaldo mahupun KAKA! Apa yg kita perlukan cumalah sebuah badan pentadbiran yg IKHLAS dan KOMITED dalam membangunkan sukan paling popular ini.
Yg Benar,
A boy who once stared d tube with anticipation each time our national team played.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan