
Serangan Zionis yahudi ke atas Gaza berlanjutan hingga ke hari ini. Dalam tempoh 22 hari lebih drpd 1000 org penduduk Gaza telah terkorban. Beribu2 lagi yg tercedera manakala rakyat Gaza berjumlah 1.5 juta org hidup dalam ketakutan, menanti adakah mereka mangsa seterusnya kekejaman Israel. Walaupun teruk dibedil tentera Israel, namun pejuang Hamas masih utuh berjuang mempertahankan tanah air mereka. Jika pihak tentera ZIONIS bersenjatakan kereta kebal Abraham, pesawat pejuang F-18 Hornet, helikopter pemusnah Apache, peluru berpandu Scud, dan kapal perang pembawa pesawat dll lagi yg semua dibekalkan oleh sekutu mereka Amerika Syarikat. Bagi tentera Hamas mereka turun ke medan perang dengan hanya senapang AK-47, beberapa pelancar mortar dan roket buatan sediri yg diperbuat drpd besi buruk. Namun mereka x pernah gentar dan risau utk berhadapan dengan pihak musuh. Kerana mereka tahu, yakin dan pasti bahawa mereka dijanjikan tempat di SYURGA ALLAH S.W.T jika nyawa mereka terkorban. Itulah JIHAD yg tertinggi, mengorbankan nyawa utk memperjuangkan agama Islam.
Jihad itu luas skopnya. Bagi segelintir mereka yg naïf dan berniat jahat terhadap kaum muslim, mereka mengandaikan Jihad hanya dapat dicapai dengan mengangkat senjata. Tetapi pengertian Jihad bukan itu shj. Berjuang menimba ilmu adalah JIHAD, melaksanakan pekerjaan yg HALAL dgn bersungguh2 adalah Jihad, hatta menolak pemberian rasuah itu juga adalah jihad. Lebih mudah seperti apa yg pernah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W melawan godaan syaitan itu sebenarnya adalah jihad. Dan pada aku melaksanakan Kempen MemBOIKOT Produk bersangkut paut ISRAEL dn Amerika Syarikat itu juga boleh digelar sebagai JIHAD. Kenapa??? Kerana secara x langsung kita membantu umat Islam di Palestin dgn tidak membantu musuh mereka kaum Yahudi yg dilaknat Allah S.W.T.
Tahukah anda bahawa secara kasar 1% keuntungan Mc D disalurkan bg menjana penempatan haram Israel di bumi Palestin (seluruh negara israel adalah penempatan haram sbb mereka menjajah di bumi Palestin). 1% mungkin x byk... ttp bayangkan jika keuntunggan Mc D adalah 10 Billion! Ha kiralah sendiri brp 1% drpd 10 billion...... 100 juta! Dan pikirlah sendiri brp byk senjata yg Israel blh beli dgn duit sebanyak itu. Tu baru keuntungan dr 1 company....
Maka anda nilailah sendiri. Berat sangatkah utk membuat pilihan? Kalo x blh mkn Mc D dn KFC, negara kite ade Marry Brown n Sugar Bun. X lupa juga Chicken Rice Shop. X blh minum Nescaffe dan Milo, kite ade Tongkat Ali power root dan Vico (POWER tu sbb tu kena sokong jename tempatan) dan bermcm2 lagi pilihan lain utk produk2 israel dan US tu. Jadi diharapkan janganlah disebabkan alasan seperti “Aku dah biasa la minum MILO, x blh minum jename lain”, ataupun “Ala ayam Marry Brown x sedap la, ayam KFC jugak best” dan paling menyakitkan hati “Mee Maggi murah lagi la, aku nak jimat ni” sedangkan perbezaan harga Mee Maggi dan mee segera jename lain hanye seposen dua....disebabkan alasan remeh temeh ni membantutkan kita dari turut memboikot produk2 zionis tersebut.
Jika tiada alternatif yg lain, tu lain cerita. Mcm hardware utk PC dan laptop buatan IBM serta Intel. Sbb tiada pilihan yg lain utk barang2 tu maka x mengapalah kite terus membeli produk tu. X kan kita nak ketinggalan pulak dgn gune balik type writer mcm zaman 60an dulukan. Seperti dalam kes dihalalkan makan benda2 yg HARAM dalam keadaan DARURAT mcm tu lah jugak situasinya utk barang2 israel n US yg masih belum ada alternative lain. Maka boikotlah dengan sewajarnya. Mana yg boleh dielakkan cubalah elak. Dan x perlulah bertindak BODOH dengan membuang @ memusnahkan barangan Israel dn US yg dah sah menjadi hak milik kita. X memberi kesan pun kalo kita buangkan produk mereka yg dah kita dah bayar tu, memBAZIR lg adalah. Cume janganlah diteruskan membeli produk ZIONIS.
Dan kepada mereka yg beranggapan bahawasanya ekonomi negara dan dunia akan runtuh jika produk US diboikot dan ekonomi mereka jatuh merundum. Aku nasihatkan kat korang semua HA! pegilah beli produk dorang tu banyak2 dan simpan dalam stor. Sebab aku yakin ekonomi US yg berdasarkan hukum kapatalisme tu akan runtuh juga. Cuma tunggu mase je. Dan jika korang yg bijak pandai ni nak turut meyumbang kepada kebergantungan ekonomi Malaysia ni terhadap ekonomi bersistemkan zionis tu... silalah terus menyokong dan memborong produk Israel dan US. Dan adakah kita berbangga anak bangsa negara kita sekadar mengisi jawatan sebagai penjaga kaunter, operator kilang dan pak dan mak guard yg menjaga kilang2 company yahudi ISRAEL n US. Kenapa kita x tawarkan jawatan sebagai CEO, pengurus, pentadbir dll jawatan berprofil tinggi kepada anak bangsa MALAYSIA di syarikat tempatan seperti syarikat RAMLEE (yg buat burger tu).... Oleh yang sedemikian, gunakan lah akal dan intelek yg Maha Esa anugerahkan kepada kita utk membuat pilihan yg bijak. Bukan sahaja utk masa depan penduduk di Palestin, ttp juga utk kita sendiri.
Sememangnya jika kita bercita2 utk menewaskan musuh Islam, yakni puak ZIONIS israel yg sememangnya dianugerahkan kecerdikkan oleh yg Maha Esa, semestinya semua umat islam berjumlah 1.5 Billion org BERSATU-PADU dan rela BERKORBAN. Jika kempen boikot produk yahudi pun kita x mampu nak laksanakan apakan lagi bila seruan berjihad di medan perang berkumandang.



sy sokong.dlu sy addict ngn mcD tp skrg xlg.xsampai hati nk mkn.rs cm mkn daging org palestin.isk..ksimpulannye,boikot la brg2 diorg.cari brg alternatif.xmati la kalu xmkn mcD.ayam goreng mak pun lg sdap dr ayam goreng mcD.huhu
BalasPadamBagus la jika dah ade kesedaran. Tp tu masih belum cukup utk membantu sedare kite kat palestin tu. Bertindaklah dgn kesedaran yg ade tu. TERUSKAN MEMBOIKOT PRODUK b'kaitan ISRAEL dan jgn berhenti sehingga Rakyat Palestin mencapai kemerdekaan.
BalasPadamInsyaallah jika kita gigih MEMBOIKOT ade hasilnya