Isu pengajaran matematik(M3) dan sains(SN) dlm BI – PPSMI sememangnya sering menjadi buah mulut ahli akademik dan ahli politik. Rata2 ahli akademik khasnya pakar dalam bidang bahasa menolak dasar tersebut atas dasar2 ilmiah. Manakala sebahagian ahli politik khasnya pemimpin kerajaan membuta-tuli menyokong dasar cetusan Tun M kerna mengagung2kan beliau. Bagi rakyat kami juga berbelah bahagi, ada yg menyokong malah ramai juga yg membangkang. Dan mangsanya bukanlah ahli akademik mahupun ahli politik, tetapi generasi muda bangsa kita juga akhirnya.
Uji kaji manusia ini bermula semenjak awal 2003. Pada masa itu ramai yg kagum dgn idea bernas Tun M kerana ia tidak pernah diketengahkan sebelum ini (mungkin sbb tiada siapa yg berani). Rasional menurut ahli politik, M3 dan SN diajar dalam bahasa mat saleh pd masa itu adalah utk mempertingkatkan penguasaan generasi muda khasnya bangsa Melayu dlm BI, disamping memberi nilai GLOBAL kepada mereka.Kini setelah 6 thn dasar ini diaplikasikan adakah ia berjaya mencapai misinya??? Berjaya! menurut kata menteri pelajaran, Hisham. “jika kita lihat kpd prestasi UPSR dan PMR bg pelajar yg mengikuti dasar ini sejak 2003”. Benar jumlah pelajar yg menjawab peperiksaan M3 dn SN dalam BI sepenuhnya tlh meningkat, pencapaian dlm subjek BI juga meningkat sedikit berbanding thn sebelumnya. Ttp retoriknya keputusan itu bercangah dengan ujian antarabangsa M3 dn SN(TIMSS) 2007 yg dijalankan terhadap 4,466 pelajar tingkatan 2 dan 150 guru dalam kedua2 subjek itu yang turut melibatkan pelajar drpd 47 negara lain. Dalam subjek M3, negara kita telah jatuh dari tangga ke-10 drpd 46 buah pd tahun 2003 kepada tangga ke-20 drpd 48 negara pd 2007. Keadaan serupa untuk subjek SN dimana negara kita jatuh satu kedudukan dr tahun 2003. Yang lebih mengharukan kedudukan pelajar2 kita semakin merosot bukan disebabkan pelajar2 dari negara lain semakin pandai, tetapi pelajar2 kita yg semakin gagal menguasai kedua2 subjek ini. (markah purata kedua2 subjek ini bg 2007 kurang drpd markah purata bg 2003)
Sememangnya golongan terpelajar tahu bahawa piawaian peperiksaan di Malaysia (SPM, PMR, UPSR) berubah2 setiap tahun. Maka sebab itulah sememangnya tidak dapat dibandingkan pretasi dua orang pelajar yg mengambil peperiksaan pd tahun yg berbeza secara terperinci. Kadang-kala piawan sesuatu tahun itu lebih tinggi drpd thn sebelumnya dan kadang-kala berlaku sebaliknya. Mungkinkah piawaian peperiksaan UPSR dn PMR pd tahun lepas direndahkan demi kepentingan pihak tertentu? Waallahualam...hanya golongan tertentu di KPM yg tahu. Namun begitu perbandingan dapat dilakukan bagi 2 individu yang mengambil peperiksaan yg sama, pada waktu yg sama. Maka keputusan TIMSS 2007 dan 2003 sepatutnya menjadi kayu pengukur bagi menilai dasar M3 dn SN dlm BI. Sudah terbukti pencapaian pelajar2 kita dalam dua subjek tersebut telah menurun jika dibandingkan dgn pelajar negara lain yg mengambil ujian tersebut pada waktu yg sama.
Kembali kepada perbalahan antara golongan akademik dan politik terhadap dasar ini. Ingin aku mencuit kata2 pensyarah UPSI, ProfessorEmeritusDatuk Dr Isahak Haron “Jika kita mahu meningkatkan tahap penguasaan BI, waktu pembelajaran subjek tersebut patut ditambah. BI mesti diajar oleh guru yang mahir dlm BI, bukan guru Matematik yg kurang mahir dlm BI. Apbl pelajar bagus dalam M3 dn SN, mereka mampu utk memahami konsep2 subjek tersebut dlm BI ataupun bahasa lain. Campur-aduk bahasa ini hanya memburukan lagi keadaan.” Bukan ahli akademik dalam bidang sains sosial sepertinya sahaja yg menentang PPSMI, malah pakar dalam bidang sains hayat seperti Prof. Yussof dan Prof. Ismail drpd UKM juga bersependapat ttg isu ini. Tetapi masa depan anak bangsa Malaysia terletak di tangan ahli politik bukan ahli akademik. Kerana merekalah yg merangka dan mengubal dasar negara, ahli akademik hanya bertindak melaksanakan dasar tersebut shj.
Satu perbandingan mudah bagi menimbang-tara isu M3 dn SN BI vs BM@ibunda dapat kita buat dgn melihat pd negara2 maju lain spt Jepun, Korea dn Jerman. Mereka mengajar subjek2 ini dalam bahasa ibunda dan berjaya menguasai ilmu itu dengan efisnyenya. Malah bangsa otak bergeliga, Yahudi juga mengajar anak2 mereka dalam bahasa hebrew. Maka sepatutnya perbalahan berkaitan M3 dn SN patut diajar dlm BM@BI dihentikan dan kedua2 subjek tersebutdiajar semula dalam BAHASA KEBANGSAAN. Atau lebih bernas jika kita tunggu dan lihat kesan kemusnahanya 20/30 thn akan datang apbl generasi masa tersebut bukan sahaja pelat berbahasa kebangsaan tetapi juga dangkal ilmu alamnya....
Jika ada segelintir ahli politik sibuk mencari publisiti dgn cuba menggumpul tanda tangan budak sekolah dan orang ramai utk dihantar kepada Presiden Obama. Disini aku cuma ingin menyampaikan pandangan dan persoalan generasi muda negara kita terhadap situasi politik di Malaysia pada masa ini.
Arena politik tanah air bergoncang lagi. Terbaru berkisar acara lompat kotak antara parti. Perkembangan terkini rentetan tsunami PRU 2008 adalah tumbangnya kerajaan negeri Perak yg ditadbir Pakaran Rakyat x sampai 1 thn ke tangan Barisan Nasional. Ianya bermula dgn insiden bertukar parti oleh wakil rakyat adun Bota dr UMNO ke dalam parti Keadilan. Beberapa hari kemudian disusuli tindakan yg sama oleh wakil rakyat Cangkat Jering dan Behrang tetapi keluar dr Keadilan dan mengistiharkan diri mereka wakil bebas. Malah seorang wakil rakyat dr DAP juga mengambil tindakan sama mengumumkan dirinya kini wakil bebas dan berpihak kpd BN. Oleh itu majoriti kerusi perundangan negeri Perak kini dimiliki Barisan Nasional. Tetapi apa erti adegan terloncat2 ini kepada rakyat yang telah memilih wakil2 rakyat ini khasnya bg kami golongan muda???
Sebelum aku mengulas lebih panjang lebih baik aku istihar dulu kedudukan aku. Secara rasminya kini aku mengangkat diri aku sebagai wakil Parti Atas Pagar! Ya seperti majaroti golongan muda mudi di luar sana aku juga tidak menyandarkan sokongan jitu aku kpd mana2 pihak. Kenapa? Kerana kami KELIRU dan JIJIK dengan sikap yang ditonjolkan oleh sesetengah para pemimpin kedua2 belah pakatan dan barisan. Sebelah pihak ade wakil yg terkenal dgn aksi filem ‘BLUE’ malah terus diangkat jadi pemimpin. Di sebelah yg lain ade yg mngaku dah menerima rasuah berupa khidmat seks dan masih terus juga berkhidmat dalam parti (tapi skrg dah tukar parti la). Di sana kecoh dengan isu kes Lingam dan di sini pula dengan dakwaan liwat??? X cukup dgn tu je, jika A kucar-kacir dengan pertelingkahan antara komponen parti. Yang B pula hancur dengan isu yg dah habis memerintah asyik nak kondem yg sdg memerintah! Itulah antara beberapa perkara yg membuatkan ramai para belia merasakan politik itu KOTOR dan penuh dgn tipu muslihat. Seterusnya menyebabkan ramai yg malas utk melibatkan diri mahupun ambil port tentang isu2 politik negara kita.
Dan insiden terbaru ini membuatkan kami lebih LOYA dan berasa jengkil dengan ahli politik di luar sana. Inikah yg dikatakan PERJUANGAN jika sekejap boleh berkata sesuatu perkara itu SALAH dan keesokkan harinya pula kata perkara itu BENAR pulak. *That’s just FUCKING bullshit ur asshole. Hah! Jangan terkezut jika muda mudi kini mudah melontarkan kata2 sebegini. Sebab kami cuma mengikut fe’el ahli2 parlimen yg tanpa segan menggunakan perkataan biadap dalam dewan Parlimen yg mulia (selalu j aku dgr ahli parlimen ckp mcm tu tapi tindakan dorang x menunjukkan bhw Parlimen tu mulia =P...) Jika anda dengan mudahnya mengubah pendirian maka betapa rendahnya harga diri dan nilai PERJUANGAN itu dlm diri anda? Sebab itulah harga diri itu tidak boleh dinilai dgn mata wang kerana ia sepatutnya X DAPAT DIBELI. Namun realiti politik di Malaysia kini x begitu lagi.
Mungkin ade yg berpendapat bahawa kami khasnya diri AKU terlalu muda utk membicarakan hal politik tanah air. Walaupun aku x pernah melibatkan diri secara langsung dgn aktiviti kepartian tetapi aku juga pernah menganggotai persatuan yg bergerak berdasarkan PERJUANGAN. Dari pengalaman aku, langkah dan cara bertindak itu mungkin boleh berubah tetapi matlamat dan halatuju utama tidak akan sesekali diubah... kerana itulah apa yg diperjuangkan. Mungkin tokoh2 kemerdekaan seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Burhanuddin Helmi, Za’ba, Tan Chen Lock dan Sambathan sahajalah yg layak membincangkan soal perjuangan kerana hasil perjuangan insan2 inilah kita merasa nikmat KEMERDEKAAN. Walaupun aku dan rakan2 yg lain masih lagi setahun jagung dalam arena politik tetapi kami bukanlah BODOH. Kami mempunyai kesedaran dan kemampuan. Kemampuan utk mencorakkan hala tuju politik Malaysia, seperti apa yg telah berlaku dlm PRU thn lepas.
Walaupun keadaan politik tanah air semakin hari semakin kelam dan kabur, dicemari dgn pelbagai skandal dan salah laku tetapi aku yakin masih wujud ahli2 politik yg benar2 berjuang dgn iklhas. Individu seperti Tuan guru Nik Aziz, bekas menteri di Jbtn Perdana menteri Dato Zaid Ibrahim dan DS Shahril Samad (JB) adalah segelintir daripadanya yg pada pandangan aku utuh dalam perjuangan masing2. Seharusnya golongan pemimpin2 yg jujur dan amanah sahaja yg diangkat utk memimpin dan mentadbir negara. Jika kita ingin terus mengecapi KECEMERLANGAN, KEGEMILANGAN DAN TERBILANG utk 50 thn akan datang, tidak cukup dengan langkah penjenamaan semula parti, malah rebranding arena politik Malaysia juga harus dilakukan.
Don't come looking for d TRUTH if u can't handle d TRUTH
Blog ini hasil lukilan dan pandangan penulis semata2. Segala persepsi serta pesimis adalah hak mutlak pembaca. Mungkin sedikit berbeda dari arus perdana, but sorry i beg to differ
Di puncak Malaysia
Kemuncak itu boleh jadi JELAS dan boleh juga jadi KABUR...