11 Februari 2009

Matematik dan Sains dlm BM atau BI???










Isu pengajaran matematik(M3) dan sains(SN) dlm BI – PPSMI sememangnya sering menjadi buah mulut ahli akademik dan ahli politik. Rata2 ahli akademik khasnya pakar dalam bidang bahasa menolak dasar tersebut atas dasar2 ilmiah. Manakala sebahagian ahli politik khasnya pemimpin kerajaan membuta-tuli menyokong dasar cetusan Tun M kerna mengagung2kan beliau. Bagi rakyat kami juga berbelah bahagi, ada yg menyokong malah ramai juga yg membangkang. Dan mangsanya bukanlah ahli akademik mahupun ahli politik, tetapi generasi muda bangsa kita juga akhirnya.


Uji kaji manusia ini bermula semenjak awal 2003. Pada masa itu ramai yg kagum dgn idea bernas Tun M kerana ia tidak pernah diketengahkan sebelum ini (mungkin sbb tiada siapa yg berani). Rasional menurut ahli politik, M3 dan SN diajar dalam bahasa mat saleh pd masa itu adalah utk mempertingkatkan penguasaan generasi muda khasnya bangsa Melayu dlm BI, disamping memberi nilai GLOBAL kepada mereka. Kini setelah 6 thn dasar ini diaplikasikan adakah ia berjaya mencapai misinya??? Berjaya! menurut kata menteri pelajaran, Hisham. “jika kita lihat kpd prestasi UPSR dan PMR bg pelajar yg mengikuti dasar ini sejak 2003”. Benar jumlah pelajar yg menjawab peperiksaan M3 dn SN dalam BI sepenuhnya tlh meningkat, pencapaian dlm subjek BI juga meningkat sedikit berbanding thn sebelumnya. Ttp retoriknya keputusan itu bercangah dengan ujian antarabangsa M3 dn SN (TIMSS) 2007 yg dijalankan terhadap 4,466 pelajar tingkatan 2 dan 150 guru dalam kedua2 subjek itu yang turut melibatkan pelajar drpd 47 negara lain. Dalam subjek M3, negara kita telah jatuh dari tangga ke-10 drpd 46 buah pd tahun 2003 kepada tangga ke-20 drpd 48 negara pd 2007. Keadaan serupa untuk subjek SN dimana negara kita jatuh satu kedudukan dr tahun 2003. Yang lebih mengharukan kedudukan pelajar2 kita semakin merosot bukan disebabkan pelajar2 dari negara lain semakin pandai, tetapi pelajar2 kita yg semakin gagal menguasai kedua2 subjek ini. (markah purata kedua2 subjek ini bg 2007 kurang drpd markah purata bg 2003)


Sememangnya golongan terpelajar tahu bahawa piawaian peperiksaan di Malaysia (SPM, PMR, UPSR) berubah2 setiap tahun. Maka sebab itulah sememangnya tidak dapat dibandingkan pretasi dua orang pelajar yg mengambil peperiksaan pd tahun yg berbeza secara terperinci. Kadang-kala piawan sesuatu tahun itu lebih tinggi drpd thn sebelumnya dan kadang-kala berlaku sebaliknya. Mungkinkah piawaian peperiksaan UPSR dn PMR pd tahun lepas direndahkan demi kepentingan pihak tertentu? Waallahualam...hanya golongan tertentu di KPM yg tahu. Namun begitu perbandingan dapat dilakukan bagi 2 individu yang mengambil peperiksaan yg sama, pada waktu yg sama. Maka keputusan TIMSS 2007 dan 2003 sepatutnya menjadi kayu pengukur bagi menilai dasar M3 dn SN dlm BI. Sudah terbukti pencapaian pelajar2 kita dalam dua subjek tersebut telah menurun jika dibandingkan dgn pelajar negara lain yg mengambil ujian tersebut pada waktu yg sama.


Kembali kepada perbalahan antara golongan akademik dan politik terhadap dasar ini. Ingin aku mencuit kata2 pensyarah UPSI, Professor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron “Jika kita mahu meningkatkan tahap penguasaan BI, waktu pembelajaran subjek tersebut patut ditambah. BI mesti diajar oleh guru yang mahir dlm BI, bukan guru Matematik yg kurang mahir dlm BI. Apbl pelajar bagus dalam M3 dn SN, mereka mampu utk memahami konsep2 subjek tersebut dlm BI ataupun bahasa lain. Campur-aduk bahasa ini hanya memburukan lagi keadaan.” Bukan ahli akademik dalam bidang sains sosial sepertinya sahaja yg menentang PPSMI, malah pakar dalam bidang sains hayat seperti Prof. Yussof dan Prof. Ismail drpd UKM juga bersependapat ttg isu ini. Tetapi masa depan anak bangsa Malaysia terletak di tangan ahli politik bukan ahli akademik. Kerana merekalah yg merangka dan mengubal dasar negara, ahli akademik hanya bertindak melaksanakan dasar tersebut shj.


Satu perbandingan mudah bagi menimbang-tara isu M3 dn SN BI vs BM@ibunda dapat kita buat dgn melihat pd negara2 maju lain spt Jepun, Korea dn Jerman. Mereka mengajar subjek2 ini dalam bahasa ibunda dan berjaya menguasai ilmu itu dengan efisnyenya. Malah bangsa otak bergeliga, Yahudi juga mengajar anak2 mereka dalam bahasa hebrew. Maka sepatutnya perbalahan berkaitan M3 dn SN patut diajar dlm BM@BI dihentikan dan kedua2 subjek tersebutdiajar semula dalam BAHASA KEBANGSAAN. Atau lebih bernas jika kita tunggu dan lihat kesan kemusnahanya 20/30 thn akan datang apbl generasi masa tersebut bukan sahaja pelat berbahasa kebangsaan tetapi juga dangkal ilmu alamnya....


1 ulasan:

  1. Hei Jebat. Aku Tuah. Tentulah AKu Lebih Melayu Kerana AKu Menaip Setiap Perkataan Bahasa Melayu Dengan Penuh. Jika Kau Jebat Sayangkan Bahasa Kebangsaan Dan Tidak Ingin Bahasa Kebangsaan Ini Runtuh, Kau Mesti Rajinkan Diri Untuk Menaip Perkataan Dengan Penuh.

    Sebenarnya Jebat Aku Pening Dengan Segala Pentuh Penulisan Menggunakan Singkatan Seperti (tlh - telah), (dlm - dalam), (shj - sahaja), (dgn - dengan) Dan Lain-Lain Lagi. Hahaha.. Kerana Aku Susah Untuk Memahamkan Ayat Yang Sering Menggunakan Kata Singkatan. Aku Ingatkan M3 Tadi Minggu Mesra Mahasiswa Dan SN Itu Sebenarnya Sukarelawan Negara.

    Hahaha..Kalau Berani Ayuhlah Beradu Kekuatan Dengan Bertanding Bermain Gasing Dengan Hamba.

    Hang Tuah
    http://qaiyum.net

    BalasPadam