5 Februari 2009

Surat kepada pemimpin Malaysia





Jika ada segelintir ahli politik sibuk mencari publisiti dgn cuba menggumpul tanda tangan budak sekolah dan orang ramai utk dihantar kepada Presiden Obama. Disini aku cuma ingin menyampaikan pandangan dan persoalan generasi muda negara kita terhadap situasi politik di Malaysia pada masa ini.

Arena politik tanah air bergoncang lagi. Terbaru berkisar acara lompat kotak antara parti. Perkembangan terkini rentetan tsunami PRU 2008 adalah tumbangnya kerajaan negeri Perak yg ditadbir Pakaran Rakyat x sampai 1 thn ke tangan Barisan Nasional. Ianya bermula dgn insiden bertukar parti oleh wakil rakyat adun Bota dr UMNO ke dalam parti Keadilan. Beberapa hari kemudian disusuli tindakan yg sama oleh wakil rakyat Cangkat Jering dan Behrang tetapi keluar dr Keadilan dan mengistiharkan diri mereka wakil bebas. Malah seorang wakil rakyat dr DAP juga mengambil tindakan sama mengumumkan dirinya kini wakil bebas dan berpihak kpd BN. Oleh itu majoriti kerusi perundangan negeri Perak kini dimiliki Barisan Nasional. Tetapi apa erti adegan terloncat2 ini kepada rakyat yang telah memilih wakil2 rakyat ini khasnya bg kami golongan muda???

Sebelum aku mengulas lebih panjang lebih baik aku istihar dulu kedudukan aku. Secara rasminya kini aku mengangkat diri aku sebagai wakil Parti Atas Pagar! Ya seperti majaroti golongan muda mudi di luar sana aku juga tidak menyandarkan sokongan jitu aku kpd mana2 pihak. Kenapa? Kerana kami KELIRU dan JIJIK dengan sikap yang ditonjolkan oleh sesetengah para pemimpin kedua2 belah pakatan dan barisan. Sebelah pihak ade wakil yg terkenal dgn aksi filem ‘BLUE’ malah terus diangkat jadi pemimpin. Di sebelah yg lain ade yg mngaku dah menerima rasuah berupa khidmat seks dan masih terus juga berkhidmat dalam parti (tapi skrg dah tukar parti la). Di sana kecoh dengan isu kes Lingam dan di sini pula dengan dakwaan liwat??? X cukup dgn tu je, jika A kucar-kacir dengan pertelingkahan antara komponen parti. Yang B pula hancur dengan isu yg dah habis memerintah asyik nak kondem yg sdg memerintah! Itulah antara beberapa perkara yg membuatkan ramai para belia merasakan politik itu KOTOR dan penuh dgn tipu muslihat. Seterusnya menyebabkan ramai yg malas utk melibatkan diri mahupun ambil port tentang isu2 politik negara kita.

Dan insiden terbaru ini membuatkan kami lebih LOYA dan berasa jengkil dengan ahli politik di luar sana. Inikah yg dikatakan PERJUANGAN jika sekejap boleh berkata sesuatu perkara itu SALAH dan keesokkan harinya pula kata perkara itu BENAR pulak. *That’s just FUCKING bullshit ur asshole. Hah! Jangan terkezut jika muda mudi kini mudah melontarkan kata2 sebegini. Sebab kami cuma mengikut fe’el ahli2 parlimen yg tanpa segan menggunakan perkataan biadap dalam dewan Parlimen yg mulia (selalu j aku dgr ahli parlimen ckp mcm tu tapi tindakan dorang x menunjukkan bhw Parlimen tu mulia =P...) Jika anda dengan mudahnya mengubah pendirian maka betapa rendahnya harga diri dan nilai PERJUANGAN itu dlm diri anda? Sebab itulah harga diri itu tidak boleh dinilai dgn mata wang kerana ia sepatutnya X DAPAT DIBELI. Namun realiti politik di Malaysia kini x begitu lagi.

Mungkin ade yg berpendapat bahawa kami khasnya diri AKU terlalu muda utk membicarakan hal politik tanah air. Walaupun aku x pernah melibatkan diri secara langsung dgn aktiviti kepartian tetapi aku juga pernah menganggotai persatuan yg bergerak berdasarkan PERJUANGAN. Dari pengalaman aku, langkah dan cara bertindak itu mungkin boleh berubah tetapi matlamat dan halatuju utama tidak akan sesekali diubah... kerana itulah apa yg diperjuangkan. Mungkin tokoh2 kemerdekaan seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Burhanuddin Helmi, Za’ba, Tan Chen Lock dan Sambathan sahajalah yg layak membincangkan soal perjuangan kerana hasil perjuangan insan2 inilah kita merasa nikmat KEMERDEKAAN. Walaupun aku dan rakan2 yg lain masih lagi setahun jagung dalam arena politik tetapi kami bukanlah BODOH. Kami mempunyai kesedaran dan kemampuan. Kemampuan utk mencorakkan hala tuju politik Malaysia, seperti apa yg telah berlaku dlm PRU thn lepas.

Walaupun keadaan politik tanah air semakin hari semakin kelam dan kabur, dicemari dgn pelbagai skandal dan salah laku tetapi aku yakin masih wujud ahli2 politik yg benar2 berjuang dgn iklhas. Individu seperti Tuan guru Nik Aziz, bekas menteri di Jbtn Perdana menteri Dato Zaid Ibrahim dan DS Shahril Samad (JB) adalah segelintir daripadanya yg pada pandangan aku utuh dalam perjuangan masing2. Seharusnya golongan pemimpin2 yg jujur dan amanah sahaja yg diangkat utk memimpin dan mentadbir negara. Jika kita ingin terus mengecapi KECEMERLANGAN, KEGEMILANGAN DAN TERBILANG utk 50 thn akan datang, tidak cukup dengan langkah penjenamaan semula parti, malah rebranding arena politik Malaysia juga harus dilakukan.

Yang Benar,

Pemuda Keliru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan