27 Disember 2008

Manipulasi AUKU di IPTA

AUKU yg bermaksud Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pd era 70an berfungsi utk mendisplinkan serta menangkis suara2 lantang mahasiswa/i pd era tersebut.... Pd masa tersebut fahaman sosialisme dan kapatalisme sedang menjalar di kalangan penuntut2 di IPTA dan kolej2 tempatan... Antara insiden yg membawa kpd pelaksanaan AUKU adlh kejadian rampasan Chansellori di Universiti Malaya dan perhimpunan beramai2 mahasiswa/i pro sosialisme.


Selepas 37 tahun akta tersebut digubal, pd thn 2008 ia dipinda selepas desakan pihak2 tertentu yg mengatakan akta ini menyekat proses pembangunan sahsiah serta kemahiran berkomunikasi dikalangan mahasiswa/i. Antara isi kandungan AUKU yg dilihat sebagai sekatan kpd perkembangan kemahasiswaan adalah berkaitan larangan penglibatan dlm organisasi2 bukan kerajaan, NGO (seksyen 15). Kini golongan2 yg membantah pelaksanaan AUKU sepatutnya berasa lebih puas. Kerana dgn pindaan terbaru ini, mahasiswa telah dibenarkan utk bergiat aktif dlm organisasi luar, kecuali parti politik. Ada yg mengaitkan pihak2 yg lantang menyarankan pelucutan serta pindaan AUKU ini sekadar mempolitikkan isu AUKU. Mungkin ada kebenarannya



Tetapi yg jarang diketahui umum khasnya masyarakat luar kampus bahawa sejak sekian lama AUKU dimanipulasikan pihak tertentu demi kepentingan mereka. Pihak yg berselindung di atas nama pentadbiran dan pejuang kebajikan belajar ini menggunakan AUKU sebagai senjata bagi menjamin mereka terus kekal berkuasa. Acap kali menjelang pilihanraya kampus (PRK) akta ini dimanipulasi glgn jahat ini dengan ugutan seperti di buang dr kolej penginapan, di gantung, di tunda tahun graduasi sehingga ada juga sampai tahap dibuang U menggunakan AUKU. Bukankah pilihanraya itu sebuah mekanisme demokrasi? Dan demokrasi bermakna hak utk membuat pilihan. Jadi mengapa hak2 mahasiswa ini dinafikan. Mungkin ade agenda lain yg dikejar pihak tsebut...


Jika ade yg sangsi dgn pendedahan aku ini terpulanglah kpd diri masing2. Tetapi ape yg aku ceritakan ini hanyalah sekadar pengalaman aku bergelar pelajar prasiswazah di salah sebuah IPTA terkemuka. Sepanjang 4 tahun di sana aku dah merasa duduk di kedua2 belah pihak, anti-pembankang dan anti-kerajaan. Dan sebab itu aku tahu keadaan sebenar yg dilalui oleh kedua2 pihak. Walaupun aku tidak menganggotai barisan hadapan mereka yg cuba menjadi suara mahasiswa/i namun aku bergerak bersama mereka. Oleh itu jika ada segilintir drpd glgn pemimpin ini yg ditawarkan penginapan percuma, ada juga segelintir yg lain yg di ugut akan dicampak ke luar kampus. Semata2 kerana perjuangan mereka yg mungkin mempunyai matlamat yg sama ttp medium yg berbeza. Malah penyokong kecil seperti aku ini juga turut diugut dicampak ke hujung kampus. Apa yg ironiknya pihak berkepentingan ini menghalalkan tindakan mereka dgn alasan mereka lebih tahu apa yg lebih baik bg pelajar. Sedangkan tanggapan seperti itu sahaja sudah ckp menghina glgn mahasiswa/i kerna melayan kami seperti kanak2 sekolah. Meski pun pilihan mahasiswa itu mungkin dipandang kurang bijak oleh sesetengah pihak namun itulah keindahan konsep demokrasi.


Maka diharapkan dengan pindaan AUKU baru2 ini seharusnya penyalahgunaan akta ini oleh mana2 pihak dihentikan. Langkah yg baik dan progresif ini perlulah disusuli dengan pelaksanaan yg jitu, bukan sekadar memuaskan hati sesetengah pihak. Bagi aku mahasiswa/i perlu diberikan ruang tertentu utk mereka merancang dan mengelolakan agenda mereka sendiri tanpa campurtangan pihak luar yg mempunyai kepentingan tersendiri. Rasional aku berkata sedemikian krn pd aku, mahasiswa/i yg ada pd mase kini sudah ckp MATANG utk membezakan perkara dan aktvt yg RELEVAN dgn kehidupan mereka sebagai pelajar dgn perkara yg hanya sekadar membuang masa. X dilupakan jgk dlm era globalisasi ini mahasiswa/i perlu membuka ruang minda dan persepsi mereka ke dunia yg lebih LUAS bg melahirkan graduan yg blh bersaing dipersada antarabangsa dan bukan sekadar 'JUARA KAMPUNG' shj.



Selayaknya mahasiswa menggunakan peluang yg ada ini dgn sebijak2nya dan tidak pula memanipulasikannya spt pihak terdahulu. Nah! kebebasan terbatas ini utk kita penuntut ilmu di menara gading jangan dipersiakan.


PS: T.ksh kpd menteri pengajian tgg DS Khalid Nordin dan mereka yg benar2 memperjuangkan nasib kami selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan