Isu pengajaran matematik(M3) dan sains(SN) dlm BI – PPSMI sememangnya sering menjadi buah mulut ahli akademik dan ahli politik. Rata2 ahli akademik khasnya pakar dalam bidang bahasa menolak dasar tersebut atas dasar2 ilmiah. Manakala sebahagian ahli politik khasnya pemimpin kerajaan membuta-tuli menyokong dasar cetusan Tun M kerna mengagung2kan beliau. Bagi rakyat kami juga berbelah bahagi, ada yg menyokong malah ramai juga yg membangkang. Dan mangsanya bukanlah ahli akademik mahupun ahli politik, tetapi generasi muda bangsa kita juga akhirnya.
Uji kaji manusia ini bermula semenjak awal 2003. Pada masa itu ramai yg kagum dgn idea bernas Tun M kerana ia tidak pernah diketengahkan sebelum ini (mungkin sbb tiada siapa yg berani). Rasional menurut ahli politik, M3 dan SN diajar dalam bahasa mat saleh pd masa itu adalah utk mempertingkatkan penguasaan generasi muda khasnya bangsa Melayu dlm BI, disamping memberi nilai GLOBAL kepada mereka.Kini setelah 6 thn dasar ini diaplikasikan adakah ia berjaya mencapai misinya??? Berjaya! menurut kata menteri pelajaran, Hisham. “jika kita lihat kpd prestasi UPSR dan PMR bg pelajar yg mengikuti dasar ini sejak 2003”. Benar jumlah pelajar yg menjawab peperiksaan M3 dn SN dalam BI sepenuhnya tlh meningkat, pencapaian dlm subjek BI juga meningkat sedikit berbanding thn sebelumnya. Ttp retoriknya keputusan itu bercangah dengan ujian antarabangsa M3 dn SN(TIMSS) 2007 yg dijalankan terhadap 4,466 pelajar tingkatan 2 dan 150 guru dalam kedua2 subjek itu yang turut melibatkan pelajar drpd 47 negara lain. Dalam subjek M3, negara kita telah jatuh dari tangga ke-10 drpd 46 buah pd tahun 2003 kepada tangga ke-20 drpd 48 negara pd 2007. Keadaan serupa untuk subjek SN dimana negara kita jatuh satu kedudukan dr tahun 2003. Yang lebih mengharukan kedudukan pelajar2 kita semakin merosot bukan disebabkan pelajar2 dari negara lain semakin pandai, tetapi pelajar2 kita yg semakin gagal menguasai kedua2 subjek ini. (markah purata kedua2 subjek ini bg 2007 kurang drpd markah purata bg 2003)
Sememangnya golongan terpelajar tahu bahawa piawaian peperiksaan di Malaysia (SPM, PMR, UPSR) berubah2 setiap tahun. Maka sebab itulah sememangnya tidak dapat dibandingkan pretasi dua orang pelajar yg mengambil peperiksaan pd tahun yg berbeza secara terperinci. Kadang-kala piawan sesuatu tahun itu lebih tinggi drpd thn sebelumnya dan kadang-kala berlaku sebaliknya. Mungkinkah piawaian peperiksaan UPSR dn PMR pd tahun lepas direndahkan demi kepentingan pihak tertentu? Waallahualam...hanya golongan tertentu di KPM yg tahu. Namun begitu perbandingan dapat dilakukan bagi 2 individu yang mengambil peperiksaan yg sama, pada waktu yg sama. Maka keputusan TIMSS 2007 dan 2003 sepatutnya menjadi kayu pengukur bagi menilai dasar M3 dn SN dlm BI. Sudah terbukti pencapaian pelajar2 kita dalam dua subjek tersebut telah menurun jika dibandingkan dgn pelajar negara lain yg mengambil ujian tersebut pada waktu yg sama.
Kembali kepada perbalahan antara golongan akademik dan politik terhadap dasar ini. Ingin aku mencuit kata2 pensyarah UPSI, ProfessorEmeritusDatuk Dr Isahak Haron “Jika kita mahu meningkatkan tahap penguasaan BI, waktu pembelajaran subjek tersebut patut ditambah. BI mesti diajar oleh guru yang mahir dlm BI, bukan guru Matematik yg kurang mahir dlm BI. Apbl pelajar bagus dalam M3 dn SN, mereka mampu utk memahami konsep2 subjek tersebut dlm BI ataupun bahasa lain. Campur-aduk bahasa ini hanya memburukan lagi keadaan.” Bukan ahli akademik dalam bidang sains sosial sepertinya sahaja yg menentang PPSMI, malah pakar dalam bidang sains hayat seperti Prof. Yussof dan Prof. Ismail drpd UKM juga bersependapat ttg isu ini. Tetapi masa depan anak bangsa Malaysia terletak di tangan ahli politik bukan ahli akademik. Kerana merekalah yg merangka dan mengubal dasar negara, ahli akademik hanya bertindak melaksanakan dasar tersebut shj.
Satu perbandingan mudah bagi menimbang-tara isu M3 dn SN BI vs BM@ibunda dapat kita buat dgn melihat pd negara2 maju lain spt Jepun, Korea dn Jerman. Mereka mengajar subjek2 ini dalam bahasa ibunda dan berjaya menguasai ilmu itu dengan efisnyenya. Malah bangsa otak bergeliga, Yahudi juga mengajar anak2 mereka dalam bahasa hebrew. Maka sepatutnya perbalahan berkaitan M3 dn SN patut diajar dlm BM@BI dihentikan dan kedua2 subjek tersebutdiajar semula dalam BAHASA KEBANGSAAN. Atau lebih bernas jika kita tunggu dan lihat kesan kemusnahanya 20/30 thn akan datang apbl generasi masa tersebut bukan sahaja pelat berbahasa kebangsaan tetapi juga dangkal ilmu alamnya....
Jika ada segelintir ahli politik sibuk mencari publisiti dgn cuba menggumpul tanda tangan budak sekolah dan orang ramai utk dihantar kepada Presiden Obama. Disini aku cuma ingin menyampaikan pandangan dan persoalan generasi muda negara kita terhadap situasi politik di Malaysia pada masa ini.
Arena politik tanah air bergoncang lagi. Terbaru berkisar acara lompat kotak antara parti. Perkembangan terkini rentetan tsunami PRU 2008 adalah tumbangnya kerajaan negeri Perak yg ditadbir Pakaran Rakyat x sampai 1 thn ke tangan Barisan Nasional. Ianya bermula dgn insiden bertukar parti oleh wakil rakyat adun Bota dr UMNO ke dalam parti Keadilan. Beberapa hari kemudian disusuli tindakan yg sama oleh wakil rakyat Cangkat Jering dan Behrang tetapi keluar dr Keadilan dan mengistiharkan diri mereka wakil bebas. Malah seorang wakil rakyat dr DAP juga mengambil tindakan sama mengumumkan dirinya kini wakil bebas dan berpihak kpd BN. Oleh itu majoriti kerusi perundangan negeri Perak kini dimiliki Barisan Nasional. Tetapi apa erti adegan terloncat2 ini kepada rakyat yang telah memilih wakil2 rakyat ini khasnya bg kami golongan muda???
Sebelum aku mengulas lebih panjang lebih baik aku istihar dulu kedudukan aku. Secara rasminya kini aku mengangkat diri aku sebagai wakil Parti Atas Pagar! Ya seperti majaroti golongan muda mudi di luar sana aku juga tidak menyandarkan sokongan jitu aku kpd mana2 pihak. Kenapa? Kerana kami KELIRU dan JIJIK dengan sikap yang ditonjolkan oleh sesetengah para pemimpin kedua2 belah pakatan dan barisan. Sebelah pihak ade wakil yg terkenal dgn aksi filem ‘BLUE’ malah terus diangkat jadi pemimpin. Di sebelah yg lain ade yg mngaku dah menerima rasuah berupa khidmat seks dan masih terus juga berkhidmat dalam parti (tapi skrg dah tukar parti la). Di sana kecoh dengan isu kes Lingam dan di sini pula dengan dakwaan liwat??? X cukup dgn tu je, jika A kucar-kacir dengan pertelingkahan antara komponen parti. Yang B pula hancur dengan isu yg dah habis memerintah asyik nak kondem yg sdg memerintah! Itulah antara beberapa perkara yg membuatkan ramai para belia merasakan politik itu KOTOR dan penuh dgn tipu muslihat. Seterusnya menyebabkan ramai yg malas utk melibatkan diri mahupun ambil port tentang isu2 politik negara kita.
Dan insiden terbaru ini membuatkan kami lebih LOYA dan berasa jengkil dengan ahli politik di luar sana. Inikah yg dikatakan PERJUANGAN jika sekejap boleh berkata sesuatu perkara itu SALAH dan keesokkan harinya pula kata perkara itu BENAR pulak. *That’s just FUCKING bullshit ur asshole. Hah! Jangan terkezut jika muda mudi kini mudah melontarkan kata2 sebegini. Sebab kami cuma mengikut fe’el ahli2 parlimen yg tanpa segan menggunakan perkataan biadap dalam dewan Parlimen yg mulia (selalu j aku dgr ahli parlimen ckp mcm tu tapi tindakan dorang x menunjukkan bhw Parlimen tu mulia =P...) Jika anda dengan mudahnya mengubah pendirian maka betapa rendahnya harga diri dan nilai PERJUANGAN itu dlm diri anda? Sebab itulah harga diri itu tidak boleh dinilai dgn mata wang kerana ia sepatutnya X DAPAT DIBELI. Namun realiti politik di Malaysia kini x begitu lagi.
Mungkin ade yg berpendapat bahawa kami khasnya diri AKU terlalu muda utk membicarakan hal politik tanah air. Walaupun aku x pernah melibatkan diri secara langsung dgn aktiviti kepartian tetapi aku juga pernah menganggotai persatuan yg bergerak berdasarkan PERJUANGAN. Dari pengalaman aku, langkah dan cara bertindak itu mungkin boleh berubah tetapi matlamat dan halatuju utama tidak akan sesekali diubah... kerana itulah apa yg diperjuangkan. Mungkin tokoh2 kemerdekaan seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Burhanuddin Helmi, Za’ba, Tan Chen Lock dan Sambathan sahajalah yg layak membincangkan soal perjuangan kerana hasil perjuangan insan2 inilah kita merasa nikmat KEMERDEKAAN. Walaupun aku dan rakan2 yg lain masih lagi setahun jagung dalam arena politik tetapi kami bukanlah BODOH. Kami mempunyai kesedaran dan kemampuan. Kemampuan utk mencorakkan hala tuju politik Malaysia, seperti apa yg telah berlaku dlm PRU thn lepas.
Walaupun keadaan politik tanah air semakin hari semakin kelam dan kabur, dicemari dgn pelbagai skandal dan salah laku tetapi aku yakin masih wujud ahli2 politik yg benar2 berjuang dgn iklhas. Individu seperti Tuan guru Nik Aziz, bekas menteri di Jbtn Perdana menteri Dato Zaid Ibrahim dan DS Shahril Samad (JB) adalah segelintir daripadanya yg pada pandangan aku utuh dalam perjuangan masing2. Seharusnya golongan pemimpin2 yg jujur dan amanah sahaja yg diangkat utk memimpin dan mentadbir negara. Jika kita ingin terus mengecapi KECEMERLANGAN, KEGEMILANGAN DAN TERBILANG utk 50 thn akan datang, tidak cukup dengan langkah penjenamaan semula parti, malah rebranding arena politik Malaysia juga harus dilakukan.
MEMUALKAN! Perkataan ini sudah cukup utk mendefinasi pretasi pasukan bola sepak kebangsaan. Insiden terbaru di belasah 5-0 oleh UAE memang cukup memalukan. Ditambah lagi dengan sikap x bertamadun penyokong Malaysia yg melontarkan rasa loya mereka bukan sahaja pada jurulatih Malaysia, malah jurulatih UAE dr perancis turut mendapat HABUAN.
Dengan kedudukan158 Malaysia dalam ranking FIFA, negara seperti Maldives berada dalam kedudukan lebih baik berbanding Malaysia. Negara kita bukan lagi sebuah kuasa besar dalam sukan bola sepak seperti era Moktar Dahri dahulu. Jika pd zaman kegemilangan beliau, pasukan Malaysia mampu bersaing dengan pasukan sehebat Man U dan Liverpool. Kini dengan Vietnam pun kita acap kali tertewas....
Reaksi jurulatih, B. Sathianathan selepas kekalahan tempoh hari menceritakan REALITI sukan bola sepak di Malaysia. Pemain kita LEMBIK, @ lebih manis x fit. Dan aku cukup setuju dengan tempelak seorang penyokong Malaysia bahawa ianya semua jatuh kepada sikap dan MENTALITI pemain2 negara kita. Mereka MALAS dan kesan kemalasan itu meyebabkan mereka LEMBIK di atas padang. Tetapi x adil sekirangya semua tanggungjawab digalas di atas bahu pemain dan jurulatih shj.
Disebalik kelemahan barisan hadapan pasukan bola sepak kita, berdirinya sekumpulan golongan pentadbir yang lebih LEMAH dan sombong.... Mungkin mentaliti MALAS dan SELESA pemain2 kebangsaan kita terpupuk dalam jiwa mereka rentetan melihat betapa SELESANYA presiden, naib, timbalan presiden dll ahli jawatankuasa tertinggi FAM terus berpegang utuh kepada jawatan yg mereka sandang sejak sekian lama. Bukan sahaja kebanyakkan dari mereka ini xda pengalaman dan ilmu yg sewajarnya dalam arena sukan bola sepak malah cukup `eksyen’ utk mengtepikan pandangan golongan yg betul2 arif. Itulah yg terjadi apabila AHLI POLITIK dan bukan ahli sukan dipilih utk mengurus FAM.
Dan bagi kami rakyat jelata yg terus berdiri kukuh dibelakang pasukan Malaysia,apa yg kami harapkan cuma KEBANGKITAN semula harimau Malaya yg digeruni di atas padang. Negara kita x perlukan pemain seperti Christiano Ronaldo mahupun KAKA! Apa yg kita perlukan cumalah sebuah badan pentadbiran yg IKHLAS dan KOMITED dalam membangunkan sukan paling popular ini.
Yg Benar,
A boy who once stared d tube with anticipation each time our national team played.
Serangan Zionis yahudi ke atas Gaza berlanjutan hingga ke hari ini. Dalam tempoh 22 hari lebih drpd 1000 org penduduk Gaza telah terkorban. Beribu2 lagi yg tercedera manakala rakyat Gaza berjumlah 1.5 juta org hidup dalam ketakutan, menanti adakah mereka mangsa seterusnya kekejaman Israel. Walaupun teruk dibedil tentera Israel, namun pejuang Hamas masih utuh berjuang mempertahankan tanah air mereka. Jika pihak tentera ZIONIS bersenjatakan kereta kebal Abraham, pesawat pejuang F-18 Hornet, helikopter pemusnah Apache, peluru berpandu Scud, dan kapal perang pembawa pesawat dll lagi yg semua dibekalkan oleh sekutu mereka Amerika Syarikat. Bagi tentera Hamas mereka turun ke medan perang dengan hanya senapang AK-47, beberapa pelancar mortar dan roket buatan sediri yg diperbuat drpd besi buruk. Namun mereka x pernah gentar dan risau utk berhadapan dengan pihak musuh. Kerana mereka tahu, yakin dan pasti bahawa mereka dijanjikan tempat di SYURGA ALLAH S.W.T jika nyawa mereka terkorban. Itulah JIHAD yg tertinggi, mengorbankan nyawa utk memperjuangkan agama Islam.
Jihad itu luas skopnya. Bagi segelintir mereka yg naïf dan berniat jahat terhadap kaum muslim, mereka mengandaikan Jihad hanya dapat dicapai dengan mengangkat senjata. Tetapi pengertian Jihad bukan itu shj. Berjuang menimba ilmu adalah JIHAD, melaksanakan pekerjaan yg HALAL dgn bersungguh2 adalah Jihad, hatta menolak pemberian rasuah itu juga adalah jihad. Lebih mudah seperti apa yg pernah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W melawan godaan syaitan itu sebenarnya adalah jihad. Dan pada aku melaksanakan Kempen MemBOIKOT Produk bersangkut paut ISRAEL dn Amerika Syarikat itu juga boleh digelar sebagai JIHAD. Kenapa??? Kerana secara x langsung kita membantu umat Islam di Palestin dgn tidak membantu musuh mereka kaum Yahudi yg dilaknat Allah S.W.T.
Tahukah anda bahawa secara kasar 1% keuntungan Mc D disalurkan bg menjana penempatan haram Israel di bumi Palestin (seluruh negara israel adalah penempatan haram sbb mereka menjajah di bumi Palestin). 1% mungkin x byk... ttp bayangkan jika keuntunggan Mc D adalah 10 Billion! Ha kiralah sendiri brp 1% drpd 10 billion...... 100 juta! Dan pikirlah sendiri brp byk senjata yg Israel blh beli dgn duit sebanyak itu. Tu baru keuntungan dr 1 company....
Maka anda nilailah sendiri. Berat sangatkah utk membuat pilihan? Kalo x blh mkn Mc D dn KFC, negara kite ade Marry Brown n Sugar Bun. X lupa juga Chicken Rice Shop. X blh minum Nescaffe dan Milo, kite ade Tongkat Ali power root dan Vico (POWER tu sbb tu kena sokong jename tempatan) dan bermcm2lagi pilihan lain utk produk2 israel dan US tu. Jadi diharapkan janganlah disebabkan alasan seperti “Aku dah biasa la minum MILO, x blh minum jename lain”, ataupun “Ala ayam Marry Brown x sedap la, ayam KFC jugak best” dan paling menyakitkan hati “Mee Maggi murah lagi la, aku nak jimat ni” sedangkan perbezaan harga Mee Maggi dan mee segera jename lain hanye seposen dua....disebabkan alasan remeh temeh ni membantutkan kita dari turut memboikot produk2 zionis tersebut.
Jika tiada alternatif yg lain, tu lain cerita. Mcm hardware utk PC dan laptop buatan IBM serta Intel. Sbb tiada pilihan yg lain utk barang2 tu maka x mengapalah kite terus membeli produk tu. X kan kita nak ketinggalan pulak dgn gune balik type writer mcm zaman 60an dulukan. Seperti dalam kes dihalalkan makan benda2 yg HARAM dalam keadaan DARURAT mcm tu lah jugak situasinya utk barang2 israel n US yg masih belum ada alternative lain. Maka boikotlah dengan sewajarnya. Mana yg boleh dielakkan cubalah elak. Dan x perlulah bertindak BODOH dengan membuang @ memusnahkan barangan Israel dn US yg dah sah menjadi hak milik kita. X memberi kesan pun kalo kita buangkan produk mereka yg dah kita dah bayar tu, memBAZIR lg adalah. Cume janganlah diteruskan membeli produk ZIONIS.
Dan kepada mereka yg beranggapan bahawasanya ekonomi negara dan dunia akan runtuh jika produk US diboikot dan ekonomi mereka jatuh merundum. Aku nasihatkan kat korang semua HA! pegilah beli produk dorang tu banyak2 dan simpan dalam stor. Sebab aku yakin ekonomi US yg berdasarkan hukum kapatalisme tu akan runtuh juga. Cuma tunggu mase je. Dan jika korang yg bijak pandai ni nak turut meyumbang kepada kebergantungan ekonomi Malaysia ni terhadap ekonomi bersistemkan zionis tu... silalah terus menyokong dan memborong produk Israel dan US. Dan adakah kitaberbangga anak bangsa negara kita sekadar mengisi jawatan sebagai penjaga kaunter, operator kilang dan pak dan mak guard yg menjaga kilang2 company yahudi ISRAEL n US. Kenapa kita x tawarkan jawatan sebagai CEO, pengurus, pentadbir dll jawatan berprofil tinggi kepada anak bangsa MALAYSIA di syarikat tempatan seperti syarikat RAMLEE (yg buat burger tu).... Oleh yang sedemikian, gunakan lah akal dan intelek yg Maha Esa anugerahkan kepada kita utk membuat pilihan yg bijak. Bukan sahaja utk masa depan penduduk di Palestin, ttp juga utk kita sendiri.
Sememangnya jika kita bercita2 utk menewaskan musuh Islam, yakni puak ZIONIS israel yg sememangnya dianugerahkan kecerdikkan oleh yg Maha Esa, semestinya semua umat islam berjumlah 1.5 Billion org BERSATU-PADU dan rela BERKORBAN. Jika kempen boikot produk yahudi pun kita x mampu nak laksanakan apakan lagi bila seruan berjihad di medan perang berkumandang.
Sebahagian dr cara penyebaran terbaik sesuatu mesej adalah melalui medium visual dan audio. Maka bagi memantapkan lagi kempen Boikot Israel yg aku mulakan 2 minggu terdahulu, kini aku juga dah mereka klip video pendek bagi membangkitkan kesedaran penghuni dunia berkaitan isu palestin.
Diharap melalui modul penyampaian terbaru ini dapat menyentuh lebih banyak Jiwa bagi menentang kebiadapan bangsa Yahudi. Untuk tantapan umum aku telah m'upload video tersebut dalam Youtube. Semoga melalui video ini dapat membantu serba sedikit dalam perjuangan masyarakat palestin mengejar KEMERDEKAAN.
Bayangkan jika Malaysia tidak pernah mengecapi kemerdekaan.... Malaysia kekal dibawah pemerintahan pihak Jepun. Bukan sekadar tentera mereka mencemari bumi permai kita, malah berlaku kebanjiran berjuta2 kaum Jepun. Mereka datang dan mengusir kaum pribumi, melayu, cina dan india jauh ke dalam hutan. Kemudian dibina tembok batu tinggi di sekeling hutan bg memenjara masyarakat asal Malaysia dalam kehidupan daif mereka...
Gara-gara penjajahan oleh bangsa asing ini, saban hari bayi dan kanak2 mati akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Belia dan pemuda kita ditahan dan diseksa dalam kurungan tanpa soal bicara. Gadis dan wanita kita diperkosa dan dilayan seperti pelacur. Hanya golongan berumur dibenarkan pergi beribadat di Masjid, Kuil atau Tokong.
Segelintir masyarakat asal yg tidak tahan dgn penindasan ini BANGKIT menentang rejim ZALIM ini. Mereka keluar dari hutan bersenjatakan batu dan kayu.... tanpa perasaan gentar mereka bersemuka dgn tentera Jepun. Tapi satu persatu, pejuang bangsa dan Negara ini tumpang.... x terdaya mereka berlawan dgn pihak musuh yg bersenjatakan senapang, meriam, helikopter dan pesawat pejuang. Walaupun kemenangan ibarat mustahil namun pejuang2 yg t’selamat masih cekal dan tabah menentang kekejaman ini. Malah makin ramai pejuang2 baru muncul dari dasar hutan. Kini bagi mempertahankan diri, mereka membina roket dari besi2 buruk, mereka melilit tubuh mereka dgn letupan. Kerna terdesak, sebilangan dr pejuang2 tanah air ini terpaksa mengorban diri mereka dgn meletupkan diri mereka di kawasan penjajah demi menunjukkan bahawa mereka tidak rela dijajah!
Sebagai tindak balas, tentera rejim asing lebih rakus meratah nyawa penduduk Malaysia. Siang dan malam kawasan penduduk dibom. Bilangan yang terkorban x terkira banyaknya.... tanpa sebarang belas kasihan kaum wanita kanak2 sehinggakan mereka yg CACAT sekalipun dibunuh dan diseksa. Penghapusan etnik ini dihalalkan sekutu kuat merekaJerman, sebuah kuasa besar di barat. Dengan bongkaknya mereka mempersalahkan penduduk asal kerana bangkit menentang pihak penjajah. Dan apa yg lebih menyedihkan masyarakat dunia yg lain khasnya yg seagama dan sebangsa dgn penduduk asal Malaysia hanya mampu melihat dan sekadar mengutuk tindakan rejim Jepun dan sekutunya tanpa berbuat apa2. Adakah pertumbahan darah di bumi Mlys ini akan berterusan? Mungkinkah penduduk Mlys akan pernah dpt merasai nikmat bergelar MERDEKA? Atau mereka harus redho dilayan seperti bintang di tanah air sendiri semata2 bumi mereka dijajah bangsa lebih berkuasa.
Syukur... segala kezaliman dan penindasan itu tidak pernah berlaku di Negara kt. Mlys kini sebuah Negara merdeka.... aman dan makmur terkenal dgn keindahan alam sekitar, bandar dan budayanya... Kita bangga pernah mempunyai bangunan tertinggi didunia, bandar bergelar metropolitan. Negara kita dipandang tinggi oleh negara2 membangun. Tidak lupa juga negara2 Islam yg lain menjadikan Negara kita sebagai contoh dan tauladan. Cuma yg membezakan negara kita dan bumi berdarah Palestin yg dijajah puak ZIONIS ISRAEL sekadar takdir Tuhan. Jika ditakdirkan bom atom tidak jatuh di Hiroshima dan Nagasaki, mungkin juga bumi Malaysia ini serupa dengan keadaan di Palestin. Dan jika kita berada di tempat mereka, apa perasaan kita? Apa tindakan kita?
Ayuh jgn dipandang remeh apa yg cuba aku sampaikan, mungkin suatu hari nasib kita sama seperti mereka. Maka x kiralah anda seorang pelajar, pemandu lori, doktor, suri umah, pembaca berita PEMIMPIN POLITIK, mahupun peniaga nasib lemak. Anda boleh membantu menghentikan kekejaman di tanah Palestin. Boikot produk2 bersangkut paut dgn rejim ISRAEL dan sekutunya AMERIKA. Jika semua umat islam dan penganut lain yg bencikan penindasan serta kekejaman bersatu menjalankan KEMPEN BOIKOT ini, aku percaya dlm mase bbrp bulan sahaja kuasa ISRAEL akan runtuh. Sblm aku mengakhiri lukilan ini sama2lah kita berdoa utk kesejahteraan penduduk PALESTIN dan semoga mereka kekal tabah m’hadapi ujian ini.
PS: Seharusnya PEMIMPIN POLITIK sebulat suara menentang ketidakadilan ini... jika mereka x berkuasa boleh berhimpun utk menghantar memorendum kpd keduatan amerika, apa pula tindakan mereka yg memegang tampuk pemerintahan sebuah negara Islam ini....
AUKU yg bermaksud Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pd era 70an berfungsi utk mendisplinkan serta menangkis suara2 lantang mahasiswa/i pd era tersebut.... Pd masa tersebut fahaman sosialisme dan kapatalisme sedang menjalar di kalangan penuntut2 di IPTA dan kolej2 tempatan... Antara insiden yg membawa kpd pelaksanaan AUKU adlh kejadian rampasan Chansellori di Universiti Malaya dan perhimpunan beramai2 mahasiswa/i pro sosialisme.
Selepas 37 tahun akta tersebut digubal, pd thn 2008 ia dipinda selepas desakan pihak2 tertentu yg mengatakan akta ini menyekat proses pembangunan sahsiah serta kemahiran berkomunikasi dikalangan mahasiswa/i. Antara isi kandungan AUKU yg dilihat sebagai sekatan kpd perkembangan kemahasiswaan adalah berkaitan larangan penglibatan dlm organisasi2 bukan kerajaan, NGO (seksyen 15). Kini golongan2 yg membantah pelaksanaan AUKU sepatutnya berasa lebih puas. Kerana dgn pindaan terbaru ini, mahasiswa telah dibenarkan utk bergiat aktif dlm organisasi luar, kecuali parti politik. Ada yg mengaitkan pihak2 yg lantang menyarankan pelucutan serta pindaan AUKU ini sekadar mempolitikkan isu AUKU. Mungkin ada kebenarannya
Tetapi yg jarang diketahui umum khasnya masyarakat luar kampus bahawa sejak sekian lama AUKU dimanipulasikan pihak tertentu demi kepentingan mereka. Pihak yg berselindung di atas nama pentadbiran dan pejuang kebajikan belajar ini menggunakan AUKU sebagai senjata bagi menjamin mereka terus kekal berkuasa. Acap kali menjelang pilihanraya kampus (PRK) akta ini dimanipulasi glgn jahat ini dengan ugutan seperti di buang dr kolej penginapan, di gantung, di tunda tahun graduasi sehingga ada juga sampai tahap dibuang U menggunakan AUKU. Bukankah pilihanraya itu sebuah mekanisme demokrasi? Dan demokrasi bermakna hak utk membuat pilihan. Jadi mengapa hak2 mahasiswa ini dinafikan. Mungkin ade agenda lain yg dikejar pihak tsebut...
Jika ade yg sangsi dgn pendedahan aku ini terpulanglah kpd diri masing2. Tetapi ape yg aku ceritakan ini hanyalah sekadar pengalaman aku bergelar pelajar prasiswazah di salah sebuah IPTA terkemuka. Sepanjang 4 tahun di sana aku dah merasa duduk di kedua2 belah pihak, anti-pembankang dan anti-kerajaan. Dan sebab itu aku tahu keadaan sebenar yg dilalui oleh kedua2 pihak. Walaupun aku tidak menganggotai barisan hadapan mereka yg cuba menjadi suara mahasiswa/i namun aku bergerak bersama mereka. Oleh itu jika ada segilintir drpd glgn pemimpin ini yg ditawarkan penginapan percuma, ada juga segelintir yg lain yg di ugut akan dicampak ke luar kampus. Semata2 kerana perjuangan mereka yg mungkin mempunyai matlamat yg sama ttp medium yg berbeza. Malah penyokong kecil seperti aku ini juga turut diugut dicampak ke hujung kampus. Apa yg ironiknya pihak berkepentingan ini menghalalkan tindakan mereka dgn alasan mereka lebih tahu apa yg lebih baik bg pelajar. Sedangkan tanggapan seperti itu sahaja sudah ckp menghina glgn mahasiswa/i kerna melayan kami seperti kanak2 sekolah. Meski pun pilihan mahasiswa itu mungkin dipandang kurang bijak oleh sesetengah pihak namun itulah keindahan konsep demokrasi.
Maka diharapkan dengan pindaan AUKU baru2 ini seharusnya penyalahgunaan akta ini oleh mana2 pihak dihentikan. Langkah yg baik dan progresif ini perlulah disusuli dengan pelaksanaan yg jitu, bukan sekadar memuaskan hati sesetengah pihak. Bagi aku mahasiswa/i perlu diberikan ruang tertentu utk mereka merancang dan mengelolakan agenda mereka sendiri tanpa campurtangan pihak luar yg mempunyai kepentingan tersendiri. Rasional aku berkata sedemikian krn pd aku, mahasiswa/i yg ada pd mase kini sudah ckp MATANG utk membezakan perkara dan aktvt yg RELEVAN dgn kehidupan mereka sebagai pelajar dgn perkara yg hanya sekadar membuang masa. X dilupakan jgk dlm era globalisasi ini mahasiswa/i perlu membuka ruang minda dan persepsi mereka ke dunia yg lebih LUAS bg melahirkan graduan yg blh bersaing dipersada antarabangsa dan bukan sekadar 'JUARA KAMPUNG' shj.
Selayaknya mahasiswa menggunakan peluang yg ada ini dgn sebijak2nya dan tidak pula memanipulasikannya spt pihak terdahulu. Nah! kebebasan terbatas ini utk kita penuntut ilmu di menara gading jangan dipersiakan.
PS: T.ksh kpd menteri pengajian tgg DS Khalid Nordin dan mereka yg benar2 memperjuangkan nasib kami selama ini.
Don't come looking for d TRUTH if u can't handle d TRUTH
Blog ini hasil lukilan dan pandangan penulis semata2. Segala persepsi serta pesimis adalah hak mutlak pembaca. Mungkin sedikit berbeda dari arus perdana, but sorry i beg to differ
Di puncak Malaysia
Kemuncak itu boleh jadi JELAS dan boleh juga jadi KABUR...